Daihatsu Gran Max: Luton Box Van – Ruang Lebih, Barang Selamat
- Vandago, Van Dealer Malaysia

- 8 Jun
- 1 min membaca
Untuk peniaga atau syarikat yang perlukan lori pick-up tertutup dan padat, model Daihatsu Gran Max Luton Box Van daripada Daihatsu Malaysia adalah pilihan bijak. Ia bukan sekadar kotak biasa – reka bentuk “Luton Head” memberi ruang simpanan tambahan di atas kabin tanpa memanjangkan keseluruhan lori.
Apa Itu Daihatsu Luton Box Van?
Luton Box Van direka berbeza daripada kotak aluminium biasa. Bahagian “Luton Head” bermaksud ada ruang tambahan di atas kepala kabin, yang sangat berguna untuk:
~ Simpan tangga atau barang panjang
~ Letak peralatan kerja seperti toolset atau kabel
~ Tambah ruang tanpa ubah saiz keseluruhan kenderaan
Sebab itulah model ini dipanggil Luton Head Pick-Up Lorry, berbeza dengan model kotak biasa yang kita kenal sebagai Aluminium Box Van.
Spesifikasi Saiz Badan:
~ Panjang: 8 kaki
~ Lebar: 5.5 kaki
~ Tinggi: 5 kaki
Dengan ruang tambahan di bahagian Luton Head, anda dapat lebih banyak kapasiti kargo tanpa perlu lori yang besar. Saiz ini juga mudah untuk laluan bandar dan lorong sempit.
Kenapa Pilih Daihatsu Gran Max Luton Box Van?
Kelebihan utama model ini ialah ruang kargo tertutup sepenuhnya – sangat sesuai untuk barangan yang perlu dijaga rapi daripada:
~ Air hujan
~ Panas terik matahari
~ Kecurian atau pencerobohan
Jika anda bawa barang bernilai seperti elektronik, makanan, barangan runcit atau peralatan kerja, model ini memang terbaik untuk keselamatan dan perlindungan.







Perlukan maklumat lanjut? Kami berada di PJCT, sila kunjungi bilik pameran kami!
🚩Lokasi Kami:
23, Zon Perindustrian PJCT
Jalan 51A/225A, Seksyen 51a
46100 Petaling Jaya, Selangor
👉 Klik sini untuk Waze.
WhatsApp utk Enquiry & Quotation.
Klik link di bawah!





Komen