Toyota Hiace: Rak Tangga Van (Diluluskan JPJ) – Muatan Panjang Lebih Selamat
- Vandago, Van Dealer Malaysia
- 4 hari lalu
- 1 min membaca
Toyota Hiace bukan sahaja terkenal sebagai van penumpang dan kargo yang tahan lasak, malah ia juga sangat sesuai untuk pemasangan Ladder Rack (Rak Tangga) — khususnya bagi kegunaan industri pembinaan, penyelenggaraan dan kerja-kerja teknikal.
Apa Itu Ladder Rack Toyota Hiace?
Ladder Rack ialah rak tetap yang dipasang di atas bumbung van untuk membawa barangan panjang seperti:
Tangga
Paip besi atau PVC
Rod aluminium
Peralatan pembinaan
Rak ini diperbuat daripada besi tahan karat dan bahan berkualiti tinggi untuk memastikan ketahanan jangka masa panjang.
Kelebihan Ladder Rack untuk Toyota Hiace
~ Struktur Kukuh & Tetap (Permanent Installation): Rekaan rak ini adalah tetap dan dipasang secara kekal untuk memberi kestabilan maksimum. Anda boleh bawa barangan berat dan panjang tanpa risau ia berganjak.
~ Diluluskan JPJ (JPJ Approved): Jangan risau tentang undang-undang jalan raya! Ladder Rack ini lengkap dengan kelulusan JPJ, jadi ianya sah digunakan di jalan raya Malaysia.
~ Tambah Ruang Simpanan Van Anda: Dengan rak ini, anda dapat kosongkan ruang dalam van dan simpan barangan panjang di bahagian atas. Ia sangat praktikal dan menjimatkan ruang.
~ Reka Bentuk Rak Sepenuh Panjang: Rak ini dipasang sepanjang bumbung Toyota Hiace, membolehkan anda bawa barangan sehingga 14 - 15 kaki panjang.




Perlukan maklumat lanjut? Kami berada di PJCT, sila kunjungi bilik pameran kami!
🚩Lokasi Kami:
23, Zon Perindustrian PJCT
Jalan 51A/225A, Seksyen 51a
46100 Petaling Jaya, Selangor
👉 Klik sini untuk Waze.
WhatsApp for Enquiry & Quotation.
Klik link di bawah!
Comments